aNdA pEngUnjuNg kE.....

Jazakallahu Khairan Kathira..

Syukran atas kesudian anda meluangkan masa membaca blog ini...Yang baik jadikan tauladan...yang buruk dijadikan sempadan...Sem0ga Allah meredhai dan merahmati kita semua....Apa yg baik dtg drpd Allah..Dan yg buruk adlh kelemahan ana sndri...ttpi hakikatnya kedua2 nya dtg drpd Allah dan b'sndarkn kpd ana.......

..::knali diriku::..

Foto saya
Nama diberi ialah NUR ATHIRAH BT CHE HASSAN..Dilahirkan di ip0h,peRak.Dibesarkan di Pahang Darul Makmur. Mendapat pendidikan awal di SK Kuala Krau, Kemudian menyambung pelajaran di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (TAHAP) Jerantut.....skrg m'nuntut di Selangor International Islamic University College(SIIUC) @ nme lain KUIS...d0akn ana m'pr0leh k'jayaan dunia n akhirat.....i'allah...Amin...........

..:diriku::.

..:: inspirasi daku ::..

..:: inspirasi daku ::..
d0akn daku b'jaya k !!

..:: shbt s'perjuangan::..

..:: shbt s'perjuangan::..
Barakallahu fik..sme2 b'jaya k !!

..::shbt s'lme nye::..

..::shbt s'lme nye::..
ssah snang b'sme k !!!

juz a simple girlz (",)

..::sanah helwah::..

~fam0us n0te~

(",) sembang2 jom

..::yah0o! messenger::..

..:: maLam Lailatul qAdaR ::..


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:

"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:

Maksudnya:

"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:

"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:

"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,

"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:

"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:

Maksudnya:

"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:

Maksudnya:

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."

0 comments:

Catat Ulasan

.::uNtukMu tEmaN::.

.::biDadArI::.

.::aNtaRa bIdadArI & pNghUni sYurGa::.


..::mutiara hati::..

..::masa itu emas::..

..::Islamic Calendar::..

Bshkn ldah dgn nama ALLAH

..::c0me !! ikut ana::..

.::hAlwA bUat pNdeNgaR::.

..::l0kasi ana::..

Loading...

Cari Blog Ini


You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "